Monday, July 18, 2011

Larangan Dalam Solat

Larangan dalam solat
                               Semoga Allah mengampuni hambanya ini....      
1.Mematuk dalam rukuk dan sujud
Nabi s.a.w. bersabda:
“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Dia tiada menegakkan punggungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.”
[H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah]
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.:Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”
[H.R. Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]
Abu Hurairah r.a. ra. berkata:
“Aku telah disuruh oleh kekasihku, tiga perkara dan ditegah aku dari tiga perkara, iaitu mematuk-matuk rukuk dan sujud seperti patukan ayam dan duduk seperti duduk anjing dan berpaling-paling seperti tsa’lab(sejenis anjing hutan).”
[H.R. Abu Ya’la]

Assalamualaikum

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh....

Blog ini ditubuhkan sebagai satu wadah perkongsian ilmu di antara penulis dan para pembaca...sebagaimana tajuk blog ini, maka perkara yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan ibadah solat merangkumi tatacara sebelum, semasa dan selepas perlaksanaannya..

Dalam membincangkan tentang solat, penulis juga InsyaAllah akan cuba menghuraikan setiap perbuatan solat berdasarkan hujah al-Quran dan Sunnah Nabi SAW dan selepas itu barulah didatangkan pandangan para ulama'..ini kerana penulis merasakan cara ini merupakan cara yang terbaik dan selamat...Penulis juga cuba untuk berlepas diri daripada taqlid buta kepada mana-mana mazhab kerana perbuatan tersebut tidak pernah dianjurkan Islam bahkan tidak pernah dianjurkan oleh Imam-Imam Mazhab rh. sendiri...

Moga solat penulis dan pembaca diterima Allah dan kita sama2 mendapat redha dan keampunan Allah....

WallahuA'lam..